PELAKON terkenal, Puteri Sarah Liyana nekad untuk meneruskan saman terhadap bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan agar perkara seumpama seperti ini tidak lagi berulang.
Ujar Puteri Sarah, dia sudah menjalani kehidupan yang tenang dan gembira selepas bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu. Namun 'gangguan' daripada pihak sana masih lagi berlanjutan.
"Saya tahu ada yang cakap saya tak habis-habis (bersuara), bukan saya yang tak habis-habis, pihak sana yang tak habis-habis. Ikutkan saya dah penat dan dah malas nak lalui semua ini.
"Jadi saya harap tindakan saman ini akan menutup semuanya dan tidak ada lagi gangguan selepas ini," jelasnya.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib di Seputeh, Kuala Lumpur.
Tambah Sarah, individu terbabit bukan hanya menulis mengenai dirinya tetapi turut membabitkan keluarga, anak-anak dan Syamsul.
Meskipun individu terbabit mendakwa meletakkan tetapan tulisan itu buat rakan rapat, namun ia telah 'bocor' di media sosial dan dikongsi oleh beberapa netizen menerusi mesej peribadi kepadanya.
"Bila kongsi di media sosial memburukkan kita, secara tidak langsung menjatuhkan maruah dan telah memfitnah kita. Jadi saya tak mahu ia terus berlarutan.
"Saya juga terus menghubungi Syamsul untuk meminta pandangannya dan dia kata, terpulanglah apa yang saya nak buat. Jadi saya rasa ini (saman) adalah tindakan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada dia akan menarik semula saman sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap Ira Kazar sebelum ini, Sarah berkata, kali ini dia nekad dengan pendiriannya.
“Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing.
“Tetapi bila semuanya telah selesai, masih ada lagi yang timbul. Jadi kita buka semula.
"Individu tersebut ada ajak untuk bertemu, tetapi saya serah kepada peguam untuk uruskan. Takut jika cakap secara peribadi, timbul isu lain pula,” jelasnya.
Dalam pada itu, berkongsi penglibatannya dalam teater muzikal Pak Pandir dan Labu Ajaib, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akan membawakan watak antagonis bernama Ratu Sukma.
"Ikutkan saya sudah sebulan bercuti dan ini adalah projek teater kedua buat saya. Memandangkan projek akhir saya iaitu drama Hijrah Jannah saya telah bawa watak antagonis, jadi momentum itu masih ada dan saya teruskan dalam teater ini nanti," kongsinya.
Teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 Oktober itu turut dijayakan oleh Janna Nick, Bell Ngasri, Noreen Iman, Aya Amiruddin, Naque Ariffin dan ramai lagi.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023
Ujar Puteri Sarah, dia sudah menjalani kehidupan yang tenang dan gembira selepas bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu. Namun 'gangguan' daripada pihak sana masih lagi berlanjutan. - Gambar fail/Astro AWANI
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.
Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.